KAJIAN TERHADAP APLIKASI PENGURUSAN FASILITI BERASASKAN KOMUNITI DI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

HUSIN, MOHAMMAD FAZLEE (2018) KAJIAN TERHADAP APLIKASI PENGURUSAN FASILITI BERASASKAN KOMUNITI DI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MOHAMMAD FAZLEE BIN HUSIN (AP140057).pdf

Download (978kB) | Preview

Abstract

Penglibatan komuniti terutama dalam menguruskan fasiliti adalah penting supaya kegunaannya berterusan dan fungsinya sentiasa baik. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya. Apa yang boleh dikaitkan disini adalah konsep CSR seharusnya digunakan dengan lebih meluas dalam konteks membantu komuniti bagi menguruskan fasiliti dengan lebih berkesan. Antara isu yang boleh diketengahkan adalah masalah takbir urus untuk fasiliti itu sendiri, kurangnya penglibatan kakitangan dalam menguruskan fasiliti, sumber kewangan yang lemah dan masalah jurang hubungan antara agensi atau pihak yang terlibat dengan komuniti. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kaedah yang diguna pakai dalam menguruskan fasiliti berasaskan komuniti dan mencadangkan strategi bagi meningkatkan mutu keberkesanan pengurusan fasiliti yang berasaskan komuniti. Skop kajian ini melibatkan kawasan komuniti di sekitar Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor. Bagi metodologi, kaedah kualitatif iaitu temubual digunakan bagi mengumpulkan data dari responden terpilih. Responden terlibat adalah Pegawai MPBP bahagian pengurusan harta dan penilaian, ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat serta wakil komuniti iaitu ketua kampung. Semua data yang diterima telah di analisis melalui kaedah analisis kandungan. Sebagai hasil kajian untuk objektif satu adalah perlaksanaan kaedah asas (in-house dan outsource) dengan ditambahbaik oleh sistem yang lebih spesifik seperti TPM dan RCM. Bagi objektif dua, pemilihan ketua organisasi yang maklum berkenaan pengurusan fasiliti, organisasi komuniti harus sepenuhnya berdaftar di bawah PBT serta pengukuhan dana yang boleh didapati melalui program CSR. Kepentingan kajian ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan fasiliti di komuniti disamping dapat menambahbaik kualiti pengurusan tersebut supaya berguna untuk jangka masa panjang.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:20
Last Modified: 06 Mar 2018 11:20
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/622

Actions (login required)

View Item View Item