TAHAP PENERIMAAN KLIEN TERHADAP KONSEP “WHOLE LIFE COST” DALAM APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU BAGI BANGUNAN BUKAN PERUMAHAN

AB RAHMAN, NOR AZIRAH (2018) TAHAP PENERIMAAN KLIEN TERHADAP KONSEP “WHOLE LIFE COST” DALAM APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU BAGI BANGUNAN BUKAN PERUMAHAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 PAGES)
NOR AZIRAH_AP140379 (25 PAGES).pdf - Published Version

Download (849kB) | Preview

Abstract

Di peringkat global, industri pembinaan adalah satu sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Industri pembinaan juga membangun dengan pesat dan menjadi salah satu daripada tulang belakang negara ini berbanding dengan negara-negara membangun yang lain di dunia. Sebagai negara yang membangun dan kini bergerak ke arah pembangunan mampan adalah selaras dengan matlamat dasar teknologi hijau kebangsaan. Pembangunan yang dibina perlu memenuhi keperluan semasa yang akan datang bagi mencapai kemampanan pembangunan ekonomi, sosial dan tanggungjawab alam sekitar bagi kemakmuran tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Namun, konsep “Whole Life Cost” ini masih kurang digunakan oleh pihak klien disebabkan kekurangan pengetahuan dalam penggunaan konsep ini apabila pembinaan dijalankan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan dan tahap penerimaan klien terhadap konsep yang digunakan. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data. Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan kekerapan dan peratusan terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapatan kajian bagi objektif pertama adalah untuk mengenal pasti kelebihan penggunaan konsep “Whole Life Cost” dalam mengaplikasikan teknologi hijau bagi jenis bangunan bukan perumahan dapat dicapai setelah pihak klien mengetahui kelebihan “Whole Life Cost” ini banyak memberi manfaat kepada pihak klien. Seterusnya, dapatan hasil kajian objektif kedua untuk mengenal pasti tahap penerimaan klien terhadap konsep “Whole Life Cost” juga dapat dicapai setelah penyelidik mengkaji kelebihan konsep “Whole Life Cost” yang dapat memberi manfaat kepada klien sekali gus klien menerima konsep ini. Hasil yang diperolehi dari kajian ini ialah klien dapat menilai dan mengoptimumkan penggunaan konsep “Whole Life Cost” dalam aplikasi teknologi hijau bagi bangunan bukan perumahan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Analisis Deskriptif, Industri Pembinaan, Malaysia, Pembangunan Mampan, Teknologi Hijau, Whole Life Cost
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:52
Last Modified: 05 Mar 2018 16:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/623

Actions (login required)

View Item View Item