KAJIAN TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN BERSKALA SEDERHANA

MOHAMAD FAKHARUDDIN, SITI ADLINA (2018) KAJIAN TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN BERSKALA SEDERHANA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
(AP140007) SITI ADLINA BT MOHAMAD FAKHARUDDIN.pdf

Download (190kB) | Preview

Abstract

Projek pembinaan berskala sederhana merupakan syarikat pembinaan yang bergred G3, G4 dan G5 yang projek pembinaannya bermodalkan RM 50,000 hingga RM 250,000 atau mempunyai kapasiti tender sebanyak RM 1juta hingga RM 5 juta. Permasalahan utama kajian ini ialah kelemahan pihak pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di projek pembinaan berskala sederhana untuk mengekalkan pengurusan yang cekap dan berkesan. Objektif pertama untuk kajian ini adalah mengenalpasti pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh pihak pengurusan organisasi dalam projek pembinaan berskala sederhana. Objektif kedua adalah mengkaji pendekatan organisasi dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja bagi mengurangkan kemalangan di tapak bina serta objektif ketiga adalah mencadangkan kepada pihak pengurusan tentang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina supaya lebih cekap dan berkesan. Seramai 33 orang responden yang terdiri daripada 3 projek pembinaan berskala sederhana di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Temu bual, pemerhatian dan soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini ialah pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam projek pembinaan berskala sederhana berjalan dengan baik dan tidak mengalami masalah dari segi kemampuan dan pelaksanaan. Selain itu, buruh tidak mengamalkan penggunaan peralatan keselamatan secara sepenuhnya dan mereka sentiasa diselia oleh penyelia tapak atau pengurus projek mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:49
Last Modified: 05 Mar 2018 10:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/624

Actions (login required)

View Item View Item