FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-PERUNCITAN DI SELANGOR

AZRI, AHMAD FARIZ (2018) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-PERUNCITAN DI SELANGOR. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (25 pages)
Ahmad Fariz bin Azri (AP140196).pdf - Published Version

Download (258kB) | Preview

Abstract

E-peruncitan mula diwujudkan sekitar tahun 1980-an dan mula diterima di kawasan-kawasan seperti Eropah, Australia, dan juga Asia. E-peruncitan mula menapak di Malaysia pada sekitar tahun 2000. Namun begitu, ia masih kurang mendapat tempat di hati pengguna-pengguna di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-peruncitan dalam kalangan pengguna di negeri Selangor. Faktor-faktor yang telah dikaji ialah faktor-faktor yang menggalak dan yang menghalang penggunaan e-peruncitan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah persampelan mudah telah digunakan dengan memilih pengguna-pengguna di negeri Selangor secara rawak. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pengguna-pengguna di sekitar stesen MRT, pasaraya, dan kawasan perumahan. Data telah dianalisa secara deskriptif untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-peruncitan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kos, masa, dan keselamatan dan privasi pengguna adalah faktor-faktor dominan dan disokong oleh kajian-kajian lepas.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: E-peruncitan, faktor, kos, masa, keselamatan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 16:56
Last Modified: 13 Feb 2018 16:56
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/625

Actions (login required)

View Item View Item