MENGKAJI TREND HARGA SEWA KEDIAMAN DI SEKITAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI KAJIAN KES: UiTM JASIN

ZULKIFLI, RODIYATULHUDA (2017) MENGKAJI TREND HARGA SEWA KEDIAMAN DI SEKITAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI KAJIAN KES: UiTM JASIN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
RODIYATULHUDA BINTI ZULKIFLI AP140051 (24 PAGES).pdf

Download (287kB) | Preview

Abstract

Pembinaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta di Malaysia banyak menyumbang kepada peningkatan sektor ekonomi dan pembangunan bagi kawasan luar bandar bagaimanapun proses urbanisasi ini telah memberi impak kepada sewa dan nilai harta tanah di sekitarnya. Kewujudan IPT di kawasan luar bandar ternyata banyak memberi impak kepada harga sewa kediaman. Hal ini kerana berlaku perubahan yang ketara dalam permintaan dan penawaran disebabkan oleh pertumbuhan penduduk. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai dan sewa kediaman harta tanah serta trend nilai sewa kediaman di kawasan sekitar Universiti Teknologi MARA Jasin, Melaka. Sehubungan itu, kaedah temu duga dan pengedaran borang selidik serta analisa data telah dijalankan di kawasan sekitar institusi tersebut. Berdasarkan dapatan kajian melalui borang soal selidik faktor utama yang mempengaruhi harga sewa ialah lokasi manakala melalui temu bual ialah kewujudan IPTA dan IPTS serta kemudahan. Seterusnya, hasil analisa data JPPH trend harga sewa bagi rumah teres setingkat dan teres kos rendah di sekitar UiTM Jasin menunjukkan kenaikan bermula pada tahun 2012 di mana selepas pembinaan UiTM Jasin. Kesimpulannya, kewujudan UiTM Jasin ternyata mempengaruhi harga sewa kediaman di sekitar Jasin malahan menyumbang kepada peningkatan nilai suatu harta tanah.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Universiti, Trend, Harga , Sewa ,Kediaman
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:11
Last Modified: 21 Feb 2018 16:11
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/627

Actions (login required)

View Item View Item