KECENDERUNGAN MAHASISWA MENCEBURI SEKTOR PERTANIAN

Shamsudin, Noor Zulaikha Amani (2018) KECENDERUNGAN MAHASISWA MENCEBURI SEKTOR PERTANIAN. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
PSM 2 _ zulaikha amani.pdf - Updated Version

Download (380kB) | Preview

Abstract

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan sumber pertanian dan perikanan. Hasrat kerajaan pada masa sekarang adalah untuk melahirkan ramai golongan mahasiswa yang menceburi dalam sektor pertanian dimana sektor ini yang memberi sumbangan yang penting kepada negara. Golongan mahasiswa universiti berpendidikan harus menceburkan diri dalam sektor pertanian ini bagi merancakkan pembangunan dan rancangan pemodenan sektor pertanian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kecenderungan mahasiswa menceburi sektor pertanian dan mengenal pasti faktor dominan yang mendorong kecenderungan mahasiswa menceburi sektor pertanian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif mengunakan instrumen soal selidik. Populasi bagi kajian ini adalah mahasiswa fakulti pertanian di Universiti Putra Malaysia. Sampel kajian ini adalah seramai 354 orang mahasiswa. Kaedah analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan min, peratus dan tahap kecenderungan. Hasil kajian yang diperolehi bagi faktor-faktor yang mendorong kecenderungan mahasiswa menceburi sektor pertanian adalah faktor minat, faktor kerjaya, faktor ganjaran dan faktor promosi. Faktor dominan yang mendorong kecenderungan mahasiswa menceburi sektor pertanian adalah faktor ganjaran.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: sektor pertanian, mahasiswa, kecenderungan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 23:18
Last Modified: 08 Mar 2018 23:18
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/632

Actions (login required)

View Item View Item