STRESS DAN KESAN TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN di kalangan jururawat DI HOSPITAL KULAI , JOHOR BARU

wan mohd shukri, wan nur amni shahira (2018) STRESS DAN KESAN TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN di kalangan jururawat DI HOSPITAL KULAI , JOHOR BARU. Other thesis, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
e thesis .pdf

Download (644kB) | Preview

Abstract

Stres di tempat kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja serta dapat memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi pekerja. Akhir ini, isu kemalangan jalan raya di kalangan kakitangan hospital KKM telah mendapat perhatian ramai, terutama bagi kemalangan ulang alik (commuting accident). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong berlakunya stress di kalangan jururawat dan juga mengenal pasti kesan stress terhadap keselamatan dan kesihatan jururawat di hospital. Seramai 72 orang jururawat Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim telah dipilih untuk menjalankan kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan mendorong berlakunya stress adalah faktor perhubungan di tempat kerja. Manakala kesan stress yang paling dominan di kalangan jururawat adalah kesan terhadap masyarakat dan keluarga. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa stress di kalangan jururawat di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim adalah merupakan positif stress ataupun (Eustress) tekanan yang dikendalikan oleh responden mampu menangani permintaan luaran yang boleh membawa kepada penurunan tekanan fisiologi dan psikologi. Stress di tempat kerja berbeza pada setiap individu, ia bergantung pada keadaan, beberapa lama dan tahap kekuatan stress yang berlaku terhadap diri seseorang individu yang terdedah kepada stress, malah setiap individu bertindak balas terhadap stress dengan cara yang berbeza. Kajian lanjutan berkaitan dengan stres di tempat kerja seharusnya dipertingkatkan kerana kajian lepas terhadap stres di tempat kerja adalah tidak menyeluruh.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: kemalangan, kemalangan di tempat kerja ,kesan stress, faktor stress
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 18:27
Last Modified: 01 Mar 2018 18:27
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/634

Actions (login required)

View Item View Item