KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG

MOHD SALLEH, NUR LIYANA (2018) KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
25 pages (NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH AP140421).pdf

Download (372kB) | Preview

Abstract

Kelewatan penyiapan projek merupakan suatu fenomena biasa yang seringkali berlaku dalam industri pembinaan terutama bagi projek-projek perumahan. Kelewatan penyiapan projek ni belaku akibat beberapa faktor utama dan sistem pengurusan yang tidak cekap dan efektif. Ianya mengakibatkan berlakunya perubahan terhadap kerja-kerja pembinaan serta boleh menjejaskan nama baik kontraktor itu sendiri. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor utama yang menyebabkan kelewatan projek pembinaan siap mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan langkah kawalan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti pembinaan di Pulau Pinang. Skop kajian ini yang dilakukan ini berkenaan kelewatan projek pembinaan perumahan di Pulau Pinang. Responden kajian ini adalah pihak yang terlibat dalam menguruskan projek pembinaan perumahan di Pulau Pinang iaitu kontraktor, penolong pengurus projek, penolong jurutera dan penyelia tapak. Pengumpulan data diperolehi dari sumber yang diterbitkan dari bahan rujukan seperti surat khabar, jurnal, media eletronik dan melalui kaedah kualitatif. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan mendapati faktor paling utama yang menyebabkan berlakunya kelewatan ialah masalah cuaca, masalah bahan binaan dan masalah arahan perubahan kerja. Melalui kajian ini juga telah mengenalpasti langkah kawalan yang digunapakai bagi menangani masalah kelewatan projek pembinaan. Antara langkah kawalan tersebut ialah menggunakan kaedah carta gantt, kaedah laluan kritikal (CPM) dan kaedah struktur pecahan kerja (WBS). Diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan tahap pengurusan projek pembinaan di Pulau Pinang pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:29
Last Modified: 05 Mar 2018 11:29
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/636

Actions (login required)

View Item View Item