KAJIAN PENGURUSAN FASILITI DI STESEN KERETA API JB SENTRAL

SALIMIN BIN MANAP, NURAFIQAH NADIAH (2017) KAJIAN PENGURUSAN FASILITI DI STESEN KERETA API JB SENTRAL. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
24 PAGES.pdf

Download (845kB) | Preview

Abstract

JB Sentral merupakan stesen kereta api antarabandar yang moden yang menempatkan stesen kereta api utama di Johor Bahru, iaitu ibu negeri Johor. Stesen ini juga merupakan stesen paling selatan di Malaysia. Ia dibuka pada 2010 yang menggantikan Stesen Kereta Api Johor Bahru yang lama (sekarang dijadikan Muzium KTM) iaitu terletak 200m di selatan stesen ini. Stesen ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada tahun 2010 yang telah dijadikan mercu tanda bandaraya Johor Bahru. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti jenis-jenis fasiliti yang disediakan dan perlaksanaan pengurusan fasiliti serta mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap pengurusan fasiliti yang disediakan di stesen kereta api JB Sentral. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan. Teknik kualitatif yang digunapakai dalam kajian ini adalah temubual manakala kaedah kuantitatif adalah soal selidik. Kaedah temu bual kajian ini dilakukan terhadap pihak pengurusan stesen kereta api JB Sentral. Manakala soal selidik ini pula dilakukan terhadap pengguna stesen kereta api JB Sentral. Melalui kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti fasiliti utama yang disediakan di stesen kereta api JB Sentral tersebut. Fasiliti yang telah disediakan oleh pihak pengurusan di stesen kereta api JB Sentral adalah sesuai bagi sebuah bangunan pengangkutan awam. Oleh yang demikian, fasiliti-fasiliti tersebut berada dalam kategori lengkap untuk penggunaan orang ramai. Justeru itu, penyelidik berpendapat bahawa pihak pengurusan fasiliti perlu menambahbaik dan memperbaiki mutu serta kualiti fasiliti yang disediakan bagi memastikan tahap kepuasan pengguna berada pada tahap yang maksimum. Secara keseluruhannya, fasiliti-fasiliti yang disediakan di stesen kereta api JB Sentral adalah pada tahap yang memuaskan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:36
Last Modified: 05 Mar 2018 14:36
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/644

Actions (login required)

View Item View Item