PEMULIHARAAN MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI DI NEGERI SEMBILAN

ABDUL ARIS, NOR NABILAH (2017) PEMULIHARAAN MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI DI NEGERI SEMBILAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
1-24 PAGES.pdf

Download (404kB) | Preview

Abstract

Malaysia mempunyai banyak tinggalan bangunan warisan yang amat bernilai. Sebagai contoh, Seri Menanti merupakan Bandar Diraja di mana terdapat istana lama yang dipengaruhi oleh adat suku kaum Minangkabau yang berusia lebih 100 tahun. Oleh itu, bagi mengekalkan bangunan bersejarah ini pemuliharaan hendaklah dijalankan bagi menjamin keutuhan dan keaslian reka bentuk dan seni bina bangunan istana lama tersebut. Justeru, prinsip-prinsip pemuliharaan hendaklah dipatuhi bagi mengekalkan keaslian dan meminimumkan sebarang kerosakan. Dengan mengambil Seri Menanti sebagai kawasan kajian, kajian ini cuba mengenalpasti konsep pemuliharaan yang digunapakai dalam kerja-kerja pemuliharaan dan menghurai strategi dan langkah-langkah pemuliharaan Muzium Istana Lama Seri Menanti sebagai identiti Bandar Diraja Seri Menanti. Dalam kajian ini, data berbentuk kualitatif dengan instrumen temubual digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian dengan terperinci bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati beberapa isu-isu yang memberi kesan dalam aktiviti pemuliharaan. Antaranya, kekurangan tenaga pertukangan mahir, kesukaran mendapatkan bahan mentah bagi tujuan pemuiharaan, kos yang tinggi serta keperluan menjalankan sesi latihan. Selain itu, pengkaji juga mendapati strategi pemuliharaan yang dijalankan memberi impak positif kepada masyarakat umum di mana ia dapat memberi pengetahuan kepada generasi akan datang bahawa bangunan bersejarah boleh dijadikan produk pelancongan warisan. Oleh itu, pemuliharaan adalah penting bagi mengekalkan keaslian bangunan serta melambangkan identiti bandar tersebut. Kata kunci: Bandar diraja Seri Menanti, pemuliharaan, nilai seni bina dan warisan

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:39
Last Modified: 05 Mar 2018 14:39
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/645

Actions (login required)

View Item View Item