STRATEGI GOLONGAN BELIA UNTUK MEMILIKI RUMAH DI BATU PAHAT

Zakaria, Syaza Kamilah (2017) STRATEGI GOLONGAN BELIA UNTUK MEMILIKI RUMAH DI BATU PAHAT. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E-THESIS AP140009.pdf

Download (452kB) | Preview

Abstract

Golongan belia pada masa kini sering menghadapi pelbagai cabaran dan masalah, terutamanya dalam sektor pekerjaan yang akhirnya akan menunjukkan kebimbangan bahawa golongan ini mungkin tidak mampu memiliki rumah kerana harga rumah dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat strategi golongan belia dalam memiliki rumah. Selain itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti senario semasa pemilikan rumah oleh golongan belia di Batu Pahat dan mengatasi masalah ketidakmampuan dalam memiliki rumah. Skop kajian ini tertumpu kepada golongan belia yang berada di Batu Pahat, Johor. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kuantitatif telah digunapakai dengan mengadaptasi teknik pengumpulan data secara soal selidik. Seramai 150 responden telah dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik ini. Berdasarkan data yang telah diperoleh, senario semasa yang wujud dalam pemilikan rumah di Batu Pahat menunjukkan seramai 97 orang (64.7%) dari 150 responden yang masih belum memiliki rumah berbanding 53 responden yang sudah memiliki rumah sendiri. Faktor utama yang menyebabkan mereka masih belum memiliki rumah adalah faktor harga rumah yang terlalu tinggi. Seterusnya, kebanyakkan responden yang masih belum memiliki rumah ini memilih Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) sebagai strategi utama mereka dalam memiliki rumah pada masa akan datang. Diharapkan dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada belia supaya cenderung memiliki rumah sebagai asset dan memberi ruang kepada pihak berkepentingan untuk memperbanyakkan strategi untuk membantu golongan belia dalam memiliki rumah sendiri.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 21 Feb 2018 00:13
Last Modified: 21 Feb 2018 00:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/647

Actions (login required)

View Item View Item