KAJIAN TERHADAP PERSEPSI ORANG RAMAI MENGENAI TANAH WAKAF DAN SISTEM PENGURUSAN WAKAF DI JOHOR

SAHDON, MUHAMMAD HAZMI (2017) KAJIAN TERHADAP PERSEPSI ORANG RAMAI MENGENAI TANAH WAKAF DAN SISTEM PENGURUSAN WAKAF DI JOHOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD HAZMI PSM 2.pdf

Download (440kB) | Preview

Abstract

Wakaf adalah sesuatu harta yang diserahkan hak miliknya kepada penerima wakaf untuk tujuan kebajikan dan kegunaan umat Islam khususnya. Banyak tanah-tanah wakaf di Malaysia perlu diuruskan dengan lebih teratur pada masa kini. Tambahan pula, di Malaysia rakyatnya lebih cenderung membuat wakaf khas berbanding wakaf am. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya tahap kesedaran orang ramai tentang jenis wakaf. Secara amnya, adalah lebih baik pewakaf mewakafkan harta mereka menggunakan wakaf am kerana tanahnya lebih mudah dan fleksibel untuk dibangunkan berbanding wakaf khas. Tujuan kajian ini adalah bagi mengkaji sistem pengurusan tanah wakaf yang dilaksanakan di Johor dan mengakaji tahap kefahaman orang ramai terhadap konsep wakaf di Johor. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif dan kuantitatif telah diaplikasikan. Kaedah temu bual pakar dijalankan dengan pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan harta tanah wakaf. Selain itu, pengagihan borang soal selidik juga digunakan bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman orang ramai terhadap kewujudan harta tanah wakaf di Johor. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa sistem pengurusan harta tanah wakaf yang telah dibangunkan oleh MAIJ bagi memudahkan urusan wakaf di Johor. Sehubungan itu, hasil kajian ini dapat mengukur tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep sebenar wakaf di Johor. Oleh itu, diharapkan kajian ini memberi sedikit pengetahuan dan bantuan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengurus dan membangunkan harta tanah wakaf secara sistematik dan teratur.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Harta Tanah Wakaf,Persepsi, Orang Ramai, Sistem Pengurusan Wakaf.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:21
Last Modified: 04 Mar 2018 14:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/654

Actions (login required)

View Item View Item