PENYEDIAAN FASILITI DI SEKOLAH RENDAH GENERASI BARU FELDA HULU TERENGGANU

SOH AZMY, SITI NOR ALIA (2017) PENYEDIAAN FASILITI DI SEKOLAH RENDAH GENERASI BARU FELDA HULU TERENGGANU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
SITI NOR ALIA BINTI SOH AZMY AP140361 (24PAGES).pdf

Download (286kB) | Preview

Abstract

Pendidikan merupakan faktor penting bagi penentuan kejayaan sesuatu bangsa dan keupayaan memberikan kemakmuran kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, permasalahan yang wujud dalam kajian ini adalah kekurangan ketersediaan fasiliti pendidikan kawasan sekolah luar bandar atau pendalaman termasuk kawasan Felda menjadi isu. Persoalan yang timbul adakah tahap penyediaan fasiliti yang sedia berdasarkan senarai semak Dasar Pendidikan dan apakah persepsi kakitangan sekolah terhadap penyediaan fasiliti sekolah rendah kawasan Felda Hulu Terengganu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penyediaan fasiliti yang sedia ada berdasarkan senarai semak Dasar Pendidikan dan mengenalpasti persepsi kakitangan sekolah terhadap fasiliti sekolah rendah di kawasan Felda Hulu Terengganu. Kajian ini dibataskan kepada empat buah sekolah rendah kawasan Felda, Hulu Terengganu dan responden kajian ialah kakitangan sekolah iaitu guru dan bukan guru. Metadologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah pemerhatian yang dijalankan di empat buah sekolah dengan merujuk senarai semak Dasar pendidikan, dan pengedaran borang soal selidik diedarkan kepada responden. Sebanyak 31 responden digunakan bagi Sk Lktp Jerangau, 22 responden Sk Felda Jerangau Barat, 24 responden Sk Lktp Bukit Bading dan 12 responden di Sk Felda Mengkawang digunakan dalam kajian ini. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis kandungan, SPSS, dan Microsoft excel 2013 Hasil dapatan kajian telah mengenalpasti jenis penyediaan fasiliti di sekolah rendah kawasan felda Hulu Terengganu dan telah mengenalpasti persepsi kakitangan sekolah terhadap fasiliti sekolah rendah iaitu kakitangan sekolah kurang bersetuju terhadap penyediaan fasilti yang disediakan kerana terdapat fasilti yang bermasalah.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 14 Feb 2018 13:56
Last Modified: 14 Feb 2018 13:56
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/657

Actions (login required)

View Item View Item