KAJIAN KESAN AKIBAT KONFLIK DALAM KALANGAN PROFESIONAL BAGI PROJEK PEMBINAAN KERAJAAN

ALEE ABU THALEEB, SALEEHA ASWAT (2017) KAJIAN KESAN AKIBAT KONFLIK DALAM KALANGAN PROFESIONAL BAGI PROJEK PEMBINAAN KERAJAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
25 PAGES.pdf

Download (455kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan Malaysia. Industri ini menyediakan bangunan dan infrastruktur yang diperlukan untuk pembangunan sosio-ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, setiap organisasi yang terlibat dengan projek pembinaan pasti akan menghadapi permasalahan konflik kerana ia merupakan suatu keadaan yang kejadiannya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Konflik adalah satu perkara yang akan membawa kesan negatif seperti kemusnahan atau kerugian. Dalam kerja-kerja pembinaan, kewujudan konflik selalu dikaitkan dengan permasalahan komunikasi antara pelbagai pihak dan terdapat banyak lagi faktor lain. Namun, kesan negatif ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau diminimumkan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca dan kesan-kesan akibat dari konflik yang sering dihadapi oleh golongan profesional yang terlibat dengan projek pembinaan. Kajian ini dibuat meliputi semakan literatur yang berkaitan, diikuti dengan pengedaran borang soal selidik kepada golongan profesional yang terlibat dengan projek pembinaan kerajaan. Data-data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel. Rujukan kajian menunjukkan bahawa setiap pihak sememangnya sedar akan kewujudan konflik dan berpendapat konflik merupakan sesuatu yang perlu ditangani dan diuruskan dengan baik. Sumbangan dari kajian yang telah dijalankan, terdapat pelbagai kesan terhadap prestasi masa, kualiti dan juga kos yang berlaku di dalam industri pembinaan. Selain itu, melalui kajian ini juga dapat mengenalpasti bahawa terdapat pelbagai punca yang telah menyebabkan berlakunya konflik antara golongan profesional. Selain itu, kajian ini dapat membantu untuk meminimakan permasalahan konflik daripada berlaku antara golongan profesional dan juga penyelesaian bagi masalah konflik yang bersesuaian juga dapat dikenalpasti.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: konflik, golongan profesional, pertikaian, pembinaan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:19
Last Modified: 06 Mar 2018 11:19
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/659

Actions (login required)

View Item View Item