KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM DAN STRATEGI PEMASARAN INAP DESA KAMPUNG MORTEN, MELAKA

MOHAMMAD, TARIQ (2017) KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM DAN STRATEGI PEMASARAN INAP DESA KAMPUNG MORTEN, MELAKA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
TARIQ BIN MOHAMMAD (AP140015) 24pg (1).pdf

Download (586kB) | Preview

Abstract

Konsep inap desa telah mula diperkenalkan secara tidak rasmi di Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan strategi pemasaran pembangunan inap desa dan mengenal pasti kemudahan dan frasarana yang disediakan di kampung tersebut. Pelbagai usaha pemuliharaan telah dilaksanakan untuk mengekalkan keberkesanan strategi pemasaran. Kajian ini dijalankan di Kampung Morten yang telah diwartakan sebagai salah sebuah kampung warisan yang unik di negeri Melaka. Pemilihan kawasan kajian adalah menepati dengan apa yang hendak dikaji berdasarkan objektif kajian di samping menjawab persoalan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif sebagai metodologi utama yang melibatkan pelbagai instrumen iaitu temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik. Kajian ini telah menemui beberapa isu utama iaitu kurangnya strategi pemasaran yang baik dan sesuai untuk mempromosi dan mengkomersialkan produk-produk yang terdapat dalam pelancongan inap desa. Persoalannya, bagaimanakah strategi program inap desa dapat menarik minat ramai pelancong untuk melawat dan tinggal di kawasan kajian? Kajian ini akan memberi sedikit gambaran tentang sejauhmana strategi pemasaran inap desa dan kemudahan frasarana yang perlu disediakan untuk menarik minat pelancong untuk tinggal di kawasan tersebut.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:35
Last Modified: 05 Mar 2018 14:35
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/660

Actions (login required)

View Item View Item