KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN KEPADA PROJEK PERUMAHAN

MOHAMAD ZUKI, NUR FARHANA (2018) KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN KEPADA PROJEK PERUMAHAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR FARHANA BINTI MOHAMAD ZUKI (25 PAGES).pdf

Download (194kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Kenaikan harga bahan binaan adalah perkara yang sering berlaku dalam industri pembinaan. Ini kerana harga bahan binaan sering turun naik di pasaran. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan-kesan yang timbul akibat daripada kenaikan harga bahan binaan, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenaikan harga bahan binaan serta mengkaji langkah-langkah bagi mengawal harga bahan binaan daripada terus meningkat. Kajian adalah tertumpu kepada syarikat pemaju di Johor Bahru, Johor yang mengambil kira pengurus projek, kerani tapak dan koordinator projek. Daripada kajian yang dijalankan sebanyak 179 orang responden yang terlibat. Penyelidik meggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Daripada analisis yang diperoleh dapat disimpulkan bahawa terdapat satu kesan yang ketara iaitu berlakunya kenaikan harga rumah. Faktor-faktor pula adalah disebabkan oleh bahan binaan disorok untuk tujuan menaikkan harga. Manakala langkah yang dianjurkan pula adalah pemaju perlu membeli bahan binaan secara pukal bagi menjimatkan kos. Kesimpulannya, pihak-pihak yang terlibat perlulah mengambil langkah yang efektif bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan tesebut.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:13
Last Modified: 05 Mar 2018 12:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/661

Actions (login required)

View Item View Item