KESAN PEMBANGUNAN PROJEK PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC) TERHADAP SOSIOEKONOMI PENDUDUK BANDAR PENAWAR

M.SHAHRI, NUR SYAFIQAH (2018) KESAN PEMBANGUNAN PROJEK PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC) TERHADAP SOSIOEKONOMI PENDUDUK BANDAR PENAWAR. Other thesis, Faculty of Technology Management and Business:Department of Technology Management.

[img]
Preview
Text
NUR SYAFIQAH BINTI M. SHAHRI.pdf - Updated Version

Download (1MB) | Preview

Abstract

Industri minyak dan gas telah menjadi pemangkin kepada proses perubahan dan pembangunan di kawasan Pengerang serta penduduk di sekitar Johor Tenggara yang secara langsung mempengaruhi perkembangan sosioekonomi penduduk tempatan khusunya komuniti Bandar Penawar. Isu utama yang dibangkitkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah mengenai kesan mega projek Petronas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Pembangunan sosioekonomi masyarakat yang berlaku di bandar kecil menunjukkan pencapaian yang positif dalam pelbagai sudut mencakupi perkembangan ekonomi, perindustrian, prasarana dan perumahan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan pembangunan projek PIPC dalam aspek sosial dan ekonomi penduduk setempat. Skop kajian tertumpu di Bandar Penawar dengan dua kelompok major iaitu penduduk kawasan perumahan dan peniaga premis perniagaan. Kajian kuantitatif telah dijalankan di mana borang soal selidik diedarkan kepada dua kelompok responden major setelah saiz sampel dikenalpasti daripada populasi responden. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan program Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhannya, penyelidik dapat mencapai objektif kajian yang dibina dan mengenalpasti; kesan ekonomi projek PIPC yang paling ketara ialah peningkatan kos sara hidup manakala kesan sosial ialah perubahan komposisi penduduk. Kesan sosioekonomi pembangunan projek PIPC terhadap penduduk Bandar Penawar dalam item yang dikemukakan berada di tahap sederhana sahaja.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Pembangunan, Sosioekonomi, industri minyak dan gas, PIPC
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 23:28
Last Modified: 08 Mar 2018 23:28
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/664

Actions (login required)

View Item View Item