FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP PEMBELIAN PRODUK HIJAU

Zakaria, Nurul Syafiqah (2018) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP PEMBELIAN PRODUK HIJAU. Other thesis, Faculty of Technology Management and Business: Department of Technology Management.

[img]
Preview
Text
ethesis Nurul Syafiqah Binti Zakaria BPA.pdf

Download (885kB) | Preview

Abstract

Terdapat banyak pencemaran dan perubahan fizikal bumi yang berlaku memberikan kesan mendalam kepada bumi. Disebabkan kemusnahan yang berlaku, wujud suatu kesedaran terhadap diri manusia untuk mengambil berat, dan ingin melindungi alam sekitar dan akhirnya membawa kepada penggunaan produk hijau. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna dan mengkaji hubungan antara faktor-faktor tersebut dan pembelian mereka terhadap produk hijau. Terdapat empat pemboleh ubah (keprihatinan terhadap alam sekitar, kesedaran terhadap harga produk, kesedaran terhadap imej jenama, dan pengaruh sosial) yang digunakan dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden dan telah dijalankan dalam kalangan pengunjung Pasar Raya Besar Pacific Batu Pahat. Sebanyak 384 orang pengguna terlibat dalam kajian ini tetapi hanya 140 borang soal selidik berjaya dipulangkan. Analisis kajian ini juga telah menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi. Hasil dapatan kajian ini mendapati kesemua faktor (keprihatinan terhadap alam sekitar, kesedaran terhadap harga produk, kesedaran terhadap imej jenama, dan pengaruh sosial) mempengaruhi tingkah laku pengguna terhadap pembelian produk hijau.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Faktor-faktor, tingkah laku dan pembelian produk hijau.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 21:46
Last Modified: 08 Mar 2018 21:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/665

Actions (login required)

View Item View Item