KAJIAN POTENSI PENGGUNAAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (SLA) DI DALAM PENYELENGGARAAN BANGUNAN DI UTHM

WAN AZMI, WAN AHMAD NAZIR (2018) KAJIAN POTENSI PENGGUNAAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (SLA) DI DALAM PENYELENGGARAAN BANGUNAN DI UTHM. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
WAN AHMAD NAZIR BIN WAN AZMI (AP140075).pdf

Download (284kB) | Preview

Abstract

Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) adalah perjanjian yang terjalin diantara pelanggan dan pemberi perkhidmatan di mana ia merupakan mekanisma yang membantu kedua-dua pihak jelas dengan kehendak dan keperluan perkhidmatan yang disediakan. Peningkatan aduan mengenai kerosakan pada setiap seksyen awam, mekanikal dan elektrikal pada setiap tahun mengakibatkan penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tujuan Perjanjian SLA ini adalah bertanggungjawab untuk mengkoordinasi keseluruhan kerja penyelenggaraan. Tiga objektif telah ditetapkan bagi kajian ini iaitu pertama mengkaji pemasalahan tahap penyelenggaraan sedia ada objektif kedua adalah mengenalpasti persepsi pelanggan dan pemberi perkhidmatan mengenai faedah-faedah SLA dan yang ketiga mengenalpasti kesan apabila SLA diaplikasikan. Kajian ini dijalankan melalui kaedah Kuantitatif dengan mengunakan kaedah borang soal selidik kepada pihak Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan (PPP) dan juga kontraktor yang terlibat dalam penyelenggaraan bangunan di UTHM. Hasil dapatan menunjukkan pemasalahan tahap penyelenggaraan sedia ada, persepsi pelanggan dan pemberi perkhidmatan terhadap faedah-faedah SLA dan SLA mampu memberi kesan yang baik sekiranya diaplikasikan pada bangunan di UTHM Justeru itu beberapa cadangan dikemukan bagi membantu mencapai hasrat untuk mengunapakai SLA sebagai salah satu mekanisme dalam membentuk sistem pengurusan penyelenggaran berdaya saing dan bertaraf dunia. Hasil sumbangan daripada kajian yang telah dijalankan dapat digunakan untuk rujukan kepada pihak PPP bagi meningkatkan lagi mutu penyelenggaraan di UTHM serta sebagai rujukan kepada ahli akademik bagi membuat penyelidikan mengenai SLA di peringkat yang lebih mendalam.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:53
Last Modified: 06 Mar 2018 11:53
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/669

Actions (login required)

View Item View Item