ANALISIS KUALITI LOKASI BAGI PEMBANGUNAN PUSAT BELIBELAH MELALUI APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)

ARBAAN, ADIBAH (2017) ANALISIS KUALITI LOKASI BAGI PEMBANGUNAN PUSAT BELIBELAH MELALUI APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS). Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
24 Pages  E-THESIS.pdf - Published Version

Download (162kB) | Preview

Abstract

Pemilihan faktor lokasi bagi pembangunan pusat beli-belah adalah antara faktor utama yang diambil kira oleh para pelabur dalam konteks pelaburan harta tanah.Hal tersebut adalah disebabkan faktor lokasi adalah faktor terpenting dalam menentukan di mana letaknya sesebuah pembangunan pusat beli-belah yang strategik bagi menjamin kestabilan ekonomi setempat dan juga pulangan pelabur. Namun begitu, terdapat juga pusat beli-belah di mana peniaga yang berniaga di pusat beli-belah tersebut yang kurang mendapat sambutan dan tidak menyediakan lokasi perniagaan yang mampan.Oleh yang demikian, kajian ini akan merungkai tahap kualiti lokasi bagi pembangunan pusat beli-belah dikawasan kajian dengan menganalisa melalui kaedah network analysis dengan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi mencapai objektik kajian; di mana untuk mengkaji faktor-faktor pemilihan lokasi bagi pusat membeli-belah dan juga mengukur tahap kualiti lokasi bagi pusat belibelah di kawasan kajian. Hasil dapatan menunjukkan objektif pertama kajian ini telah berjaya dicapai di mana fakor-faktor lokasi bagi pusat membeli belah di dalam konteks tempatan telah dikenalpasti melalui temuramah dengan panel pakar yang dipilih. Selain itu, kajian ini juga telah berjaya mengukur tahap lokasi terbaik bagi pusat beli-belah melalui aplikasi GIS dengan menggunakan perisian Quantum GIS. Kesimpulannya, kedua-dua objektif telah dicapai di mana faktor-faktor lokasi telah dapat disenarai pendekkan bagi mengukur pusat beli-belah yang mempunyai kualiti tertinggi berdasarkan faktor-faktor lokasi yang terlibat. Kajian ini di harap dapat memberikan idea kepada para pemain harta tanah dalam membuat keputusan pelaburan yang strategik terutamanya bagi harta tanah komersial iaitu pusat belibelah di negara ini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: pusat beli-belah, lokasi, kualiti, pelaburan, sistem maklumat geografi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 27 Feb 2018 17:45
Last Modified: 27 Feb 2018 17:45
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/677

Actions (login required)

View Item View Item