KAJIAN KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT DI KAWASAN LERENG BUKIT DI SERENDAH

AZREN, NURSAHIRA (2018) KAJIAN KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT DI KAWASAN LERENG BUKIT DI SERENDAH. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img] Text
NURSAHIRA BINTI AZREN AP140193.pdf

Download (277kB)

Abstract

Pembangunan di Selangor kebanyakanya dibina di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi kerana bentuk muka buminya yang berbukit dan bercerun. Pembangunan tersebut akan memberikan kesan kepada persekitaran dan juga kepada penduduk sekitar. Antara kesannya ialah tanah runtuh, geliciran tanah dan kebocoran aliran air bawah tanah akibat musim hujan yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pandangan penduduk yang tinggal di kawasan lereng bukit dan mengenalpasti langkah-langkah mengatasi kesan pembangunan di kawasan lereng bukit. Dalam kajian ini akan menggunakan kaedah temubual yang dijalankan pada pihak yang terlibat mengenai langkah-langkah mengatasi kesan pembangunan di kawasan tersebut dan 57 penduduk Taman Idaman yang tinggal berdekatan dengan kawasan lereng bukit akan disoal selidik untuk mengetahui pandangan mereka mengenai isu ini. Hasil pandangan penduduk di Serendah terhadap isu tanah runtuh ini terhadap ketidakpuashati dengan kesalahan yang dilakukan oleh PBT, Pemaju dan Kontraktor. 80 peratus pandangan penduduk menyatakan bahawa pihak yang perlu dipersalahkan dalam kejadian tersebut adalah PBT, Pemaju dan Kontraktor. Pelbagai cadangan penambahbaikan pengurusan dalam kajian ini seperti penyelenggaraan dan sistem pengairan yang sempurna, pemantauan dan penguatkuasaan, pengutkuasaan terhadap pemaju, pematuhan terhadap pelan-pelan kelulusan, mewujudkan penyelaras garis panduan di peringkat persekutuan berkaitan pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit, penyertaan badan NGO dan persatuan penduduk setempat dan mewartakan rezab tanah tinggi dan lereng bukit sebahagian daripada taman warisan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:46
Last Modified: 05 Mar 2018 16:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/681

Actions (login required)

View Item View Item