KAJIAN BERKAITAN IMPAK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PEMASARAN HARTA TANAH DIKALANGAN PERUNDING HARTA TANAH (REN) DI SEKITAR JOHOR BAHRU

MOHD NOR, AFIQAH (2017) KAJIAN BERKAITAN IMPAK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PEMASARAN HARTA TANAH DIKALANGAN PERUNDING HARTA TANAH (REN) DI SEKITAR JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AFIQAH BINTI MOHD NOR AP140346 (24 pages).pdf

Download (501kB) | Preview

Abstract

Pada masa kini, selaras dengan kemajuan teknologi yang kian pesat, media sosial juga turut berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dalam pelbagai sudut temasuk bidang komunikasi. Kini, media sosial dilihat telah menjadi medium komunikasi utama di dalam kalangan masyarakat selaras dengan perkembangan teknologi yang memerlukan perhubungan dan komunikasi yang pantas tanpa mengira sempadan pengguna. Melalui kecekapan dan inovasi media sosial pada masa kini, penggunaannya telah meluas bukan sahaja digunakan bagi maksud komunikasi semata-mata, malah ia juga digunakan bagi maksud perniagaan. Perunding harta tanah (REN) juga tidak ketinggalan daripada menggunakan media sosial dalam menjalankan aktiviti mereka terutamanya bagi tujuan pemasaran harta tanah. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penggunaan dan keberkesanan media sosial dikalangan perunding harta tanah (REN) terhadap aktiviti jual beli harta tanah di sekitar Johor Bahru. Kaedah yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah melalui kaedah campuran. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maanfaat kepada perunding harta tanah (REN) dalam membuat pemilihan serta mempertingkatkan kaedah komunikasi dan pemasaran mereka melalui aplikasi media sosial demi bersaing di dalam bidang pemasaran harta tanah di zaman berteknologi pada masa kini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Media sosial, perunding harta tanah, pemasaran, teknologi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 27 Feb 2018 17:38
Last Modified: 27 Feb 2018 17:38
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/682

Actions (login required)

View Item View Item