MASALAH PENCEMARAN DAN KEBERKESANAN STRATEGI PENGURUSAN SAMPAH OLEH MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU. KES KAJIAN: SUNGAI PLENTONG

AZHAN, NURUL ZAKIAH (2017) MASALAH PENCEMARAN DAN KEBERKESANAN STRATEGI PENGURUSAN SAMPAH OLEH MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU. KES KAJIAN: SUNGAI PLENTONG. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURUL ZAKIAH BINTI AZHAN AP140313 ( 24 PAGES).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sungai perlulah diperlihara dan dilindungi supaya tidak terus dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Plentong merupakan sebuah kampung lama yang kini menjadi salah sebuah bandar yang sibuk dalam Johor Bahru, Johor. Sungai Plentong merupakan sebatang sungai yang berada dibawah Mukim Plentong dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Namun begitu, masalah yang sangat serius adalah masalah pencemaran yang juga memberi kesan terhadap taman perumahan berdekatan. Pengurusan sisa pepejal adalah di bawah tanggunggjawab pihak berkuasa tempatan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti punca masalah pencemaran di sungai tersebut serta keberkesanan strategi pengurusan sampah oleh pihak berkuasa tempatan. Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada penduduk yang mendiami kawasan petempatan tersebut dan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat. Analisis data bagi kajian ini menggunakan kaedah analisis frekuensi dan analisis deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan punca utama masalah pencemaran adalah disebabkan tiada kerjasama penduduk dalam menjaga alam sekitar dan wujudnya tempat pelupusan sampah haram serta pertindihan tanggungjawab oleh PBT. Cadangan-cadangan yang dikemukakan pada kajian ini diharap dapat memberi faedah dan sumbangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 21 Feb 2018 15:59
Last Modified: 21 Feb 2018 15:59
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/684

Actions (login required)

View Item View Item