PENGURUSAN FASILITI SUKAN DI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

AB MANAH, NURUL HIDAYAH (2017) PENGURUSAN FASILITI SUKAN DI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
Nurul Hidayah Ab Manah (ap140234) 25 page.pdf

Download (685kB) | Preview

Abstract

Stadium merupakan fasiliti sukan yang memerlukan pengurusan fasiliti yang baik bagi memastikan segala aktiviti utama dapat dijalankan dengan lancar. Fasiliti sukan di Malaysia didapati masih tidak memuaskan dan seringkali dilaporkan berlaku banyak kerosakan fasiliti sukan seperti keadaan padang yang rosak dan tahap keselamatan yang longgar. Skop kajian ini dikhususkan kepada Stadium Hang Jebat di Melaka dengan objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis fasiliti sukan di Stadium Hang Jebat dan mengkaji kaedah pengurusan Stadium Hang Jebat, Melaka. Metodologi kajian ini adalah melalui kaedah temubual bersama pihak pengurusan Stadium Hang Jebat bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan fasiliti stadium. Melalui kajian ini, jenis fasiliti sukan dan kaedah pengurusan fasiliti Stadium Hang Jebat telah dikenalpasti. Dapatan kajian mendapati fasiliti di Stadium Hang Jebat terbahagai kepada tiga kategori iaitu fasiliti awam, mekanikal dan elektrikal. Seterusnya, kaedah pengurusan fasiliti stadium adalah dengan menggunakan penyumberan dalaman dan penyumberan luaran secara kontrak serta penyelenggaraan pembetulan sebagai mekanisme penyelenggaraan utama. Cadangan untuk penambahbaikan telah diambil kira daripada temubual bersama pihak pengurusan dan pengamatan penyelidik untuk kegunaan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:33
Last Modified: 05 Mar 2018 14:33
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/687

Actions (login required)

View Item View Item