PENGURUSAN TAMAN REKREASI TERHADAP HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

IDRIS BIN MOHD NOOR, NOORBUSYRA BINTI IDRIS (2017) PENGURUSAN TAMAN REKREASI TERHADAP HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NOORBUSYRA BINTI IDRIS (AP140292).pdf

Download (617kB) | Preview

Abstract

Taman Rekreasi Awam merupakan salah satu fasiliti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada masyarakat sesebuah bandar. Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur serta kemudahan fasiliti yang baik dan sempurna. Walaubagaimanapun, isu yang sering timbul untuk menarik ramai pengunjung di mana aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah kurang dan tidak meliputi kemudahan yang bersesuaian kepada semua golongan di dalam Majlis Bandaraya Johor Bahru serta sistem pengurusan yang tidak teratur oleh kakitangan yang kurang berkemahiran dan berpengalaman di dalam pengurusan taman rekreasi awam. Oleh itu, ia tidak mampu untuk mengurus dan membuat perancangan dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sistem pengurusan Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam menyediakan kemudahan fasiliti rekreasi kepada masyarakat setempat dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan dalam menyediakan kemudahan fasiliti rekreasi kepada masyarakat setempat. Kawasan kajian ini adalah Hutan Bandar Mutiara Rini yang terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai. Data dikumpul secara kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan 100 kepada pengunjung dan 16 kepada pihak pengurusan taman rekreasi awam. Manakala kualitatif melibatkan temubual kepada pengunjung dan juga pihak berkepentingan yang terlibat. Analisis data daripada hasil temubual adalah menggunakan kaedah tematik dan analisis deskriptif, skala likert dan nilai min untuk data yang diperolehi daripada borang kajiselidik. Hasil kajian ini telah menunjukkan sistem pengurusan yang telah digunapakai oleh pihak pengurusan di dalam menyediakan kemudahan fasiliti rekreasi serta dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya permasalahan dalam menyediakan kemudahan fasiliti rekreasi kepada masyarakat setempat.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:22
Last Modified: 04 Mar 2018 14:22
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/692

Actions (login required)

View Item View Item