PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHARAAN MASJID ABIDIN DI KUALA TERENGGANU

MUHAMMAD NANDI, MUHAMMAD ARIF (2017) PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHARAAN MASJID ABIDIN DI KUALA TERENGGANU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
page 1-24.pdf

Download (721kB) | Preview

Abstract

Penyelenggaraan bangunan adalah salah satu aspek yang sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti jenis penyelenggaraan dan pemuliharaan yang dilaksanakan di Masjid Abidin di Kuala Terengganu, dan (ii) mengkaji permasalahan yang dihadapi semasa kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan Masjid Abidin. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan meninjau keadaan semasa Masjid Abidin di Kuala Terengganu. Responden kajian ini adalah terdiri daripada kontraktor, jurutera, pegawai Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR), dan pihak pengurusan masjid. Hasil kajian mendapati bahawa penyelenggaraan yang dilakukan di Masjid Abidin adalah penyelenggaraan terancang yang mana kerja tersebut dilakukan oleh pihak pengurusan masjid dan penyelenggaraan tidak terancang yang dijalankan oleh JKR sekiranya terdapat kerosakan yang besar dan memerlukan kos yang tinggi seperti kebocoran yang berlaku pada bumbung masjid. Manakala masalah utama dihadapi semasa kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan adalah masalah pendokumentasian, kekangan masa untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang terhad, masalah kebersihan tapak, kos perbelanjaan dan masalah penyelarasan di antara kontraktor dan pihak JKR. Permasalahan yang dihadapi dalam kerja penyelenggaraan masjid ini menunjukkan bahawa ia memberi kesan kepada pihak profesional untuk melakukan kerja penyelenggaraan dan ini menyebabkan tahap kepuasan pihak pengurusan masjid berada di tahap yang rendah.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:37
Last Modified: 05 Mar 2018 14:37
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/694

Actions (login required)

View Item View Item