KONSEP TAMAN PERSARAAN DI MALAYSIA

TEO, JIA MIN (2017) KONSEP TAMAN PERSARAAN DI MALAYSIA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
TEO JIA MIN AP140486.pdf

Download (481kB) | Preview

Abstract

Taman persaraan merupakan satu konsep penempatan baru di Malaysia. Pembangunan skim perumahan ini adalah untuk menawarkan sebuah tempat perlindungan kepada warga tua. Oleh kerana pertambahan bilangan penduduk warga di Malaysia, pelbagai isu timbul berkaitan dengan penempatan warga tua telah menjadi satu keutamaan mengkaji konsep taman pensaraan yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep dan ciri-ciri taman persaraan Malaysia serta untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pemilihan penghuni untuk menetap di taman persaraan ini. Kajian ini akan dijalankan di taman persaraan Greenacres yang terletak di Ipoh, Perak Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam untuk menjayakkan kajian ini ialah kaedah bercampur melalui temu bual dengan 3 pihak yang terlibat secara lansung iaitu pemaju yang membangun taman persaraan dan pengurus taman persaraan, serta tinjauan melalui sebanyak 15 soal selidik diedarkan kepada penghuni yang tinggal di kawasan kajian tersebut. Semua data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 19 dan Microsoft Excel. Teknik analisis yang telah digunakan dalam kajian ini adalah analisis tematik dan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa taman persaraan ialah satu konsep yang dirancang untuk pesara yang berumur 55 tahun ke atas, berbadan sihat, berdikari dan mobiliti. Ciri-ciri mengenai taman persaraan adalah melalui jenis perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti sosial meningkatkan taraf hidup penghuni. Selain itu, kajian juga menunujukkan bahawa keputusan faktor-faktor mereka memilih menetap di taman persaraan Greenacres ialah kemudahan rekreasi dan fasiliti yang berkualiti dan kapital pelaburan dapat dipulangkan jika ingin keluar dari taman persaraan. Secara keseluruhannya, keputusan analisis kajian ini diharapkan sebagai rujukan pihak berkuasa tempatan, pemaju, pengurus dan pelabur dalam menjadi taman persaraan sebagai satu bentuk alternatif yang terbaik.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:22
Last Modified: 04 Mar 2018 14:22
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/699

Actions (login required)

View Item View Item