KAJIAN PANDANGAN PIHAK PENGURUSAN DAN GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU) TERHADAP PENYEDIAAN FASILITI OKU DALAM SEKTOR PERHOTELAN

ZAKARIA, NURUL ZULAIKHA EYLIA (2018) KAJIAN PANDANGAN PIHAK PENGURUSAN DAN GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU) TERHADAP PENYEDIAAN FASILITI OKU DALAM SEKTOR PERHOTELAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURUL ZULAIKHA EYLIA BINTI ZAKARIA AP140317.pdf

Download (305kB) | Preview

Abstract

Penyediaan fasiliti OKU di perhotelan yang kurang menyebabkan pergerakan golongan kurang upaya terbatas dan terganggu. Bagi memudahkan golongan kurang upaya ini menggunakan perkhidmatan perhotelan ini, pihak pengurusan hotel perlu meningkatkan penyediaan fasiliti OKU. Pihak pengurusan hotel ada mengambil kira penyediaan fasiliti OKU ini tetapi ia adalah tidak menyeluruh Golongan OKU juga mempunyai hak untuk menggunakan fasiliti yang disediakan. Kebanyakannya, kemudahan fasiliti yang disediakan hanya dimonopoli oleh orang normal dan golongan OKU ini tidak dapat menggunakan fasiliti yang disediakan Objektif kajian adalah mengenalpasti penyediaan jenis-jenis fasiliti bagi OKU yang sedia dalam dan luar hotel, mengenalpasti pandangan pihak pengurusan hotel dan golongan OKU terhadap penyediaan fasiliti OKU. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif(temu bual), kaedah kuantitatif(borang soal selidik), kaedah pemerhatian dan kaedah perpustakaan. Kajian ini dilakukan di tiga buah hotel yang terdapat di sekitar Batu Pahat,Johor. Jenis-jenis fasiliti OKU dapat dikenal pasti melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan. Fasiliti yang telah dikenalpasti ialah laluan pejalan kaki, tempat letak kenderaan khas, pintu masuk utama bangunan, step ramp/dropped kerb, susur masuk(ramp), pemegang tangan (handrail), papan tanda, tangga, lif, tandas OKU, tempat duduk dan bilik khas OKU. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk memperlihatkan kepentingan penyediaan fasiliti OKU terhadap golongan kurang upaya ini. 100 peratus pandangan daripada pihak pengurusan hotel mengatakan bahawa penyediaan fasiliti OKU ini adalah penting. Kajian ini dilakukan untuk memperlihat faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya penyediaan fasiliti OKU. Antara faktor yang telah dikenal pasti ialah peruntukan kos, ruang, fizikal bangunan, kesedaran, aduan dan penguatkuasaan. dan kesulitan yang dihadapi oleh golongan OKU ketika menggunakan fasiliti OKU.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:47
Last Modified: 05 Mar 2018 16:47
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/709

Actions (login required)

View Item View Item