KESAN PEMBANGUNAN PASARAYA TERHADAP HARTANAH KEDIAMAN DI TAIPING MELALUI APLIKASI GIS

SUHAIMI, MUHAMMAD AMAR (2017) KESAN PEMBANGUNAN PASARAYA TERHADAP HARTANAH KEDIAMAN DI TAIPING MELALUI APLIKASI GIS. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD AMAR BIN SUHAIMI AP140253 (24 PAGE).pdf

Download (294kB) | Preview

Abstract

Pembangunan harta tanah komersial terutamanya pasaraya merupakan antara pembangunan yang pesat membangun selaras dengan permintaannya dan tahap ekonomi semasa. Melalui pembangunan pasaraya, nilai harta tanah kediaman di sekitar kawasan pembangunan tersebut turut terkesan. Walaupun peningkatan nilai hartanah ini adalah kerana beberapa faktor yang lain, akan tetapi kajian berkenaan impak pembangunan pasaraya di Malaysia terhadap nilai harta tanah adalah sangat kurang. Oleh yang demikian, kajian ini melalui aplikasi sistem maklumat geografi (GIS), telah menterjemahkan impak ini ke dalam bentuk data spatial di mana ia lebih mudah dikenalpasti dan dianalisis. Objektif bagi kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai hartanah dalam konteks pembangunan pasaraya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan nilai hartanah terhadap pembangunan pasaraya melalui penggunaan aplikasi GIS. Skop kajian adalah bertempat di kawasan bandar Taiping. Metodologi bagi kajian ini adalah melalui campuran teknik kualitatif dan kuantitatif. Melalui teknik kualitatif, temubual terhadap pegawai di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah dilakukan bagi mengesahkan data bagi faktor kenaikan nilai hartanah. Manakala, bagi teknik kuantitatif pula data sekunder bagi maklumat harga hartanah telah diperolehi dari JPPH dan diplotkan ke dalam sistem GIS. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan beberapa faktor dapat dikenalpasti memberi kesan terhadap hartanah daripada pembangunan pasaraya seperti peningkatan kemudahan asas dan dengan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dapat membantu dalam proses memplotkan perumahan dan menganalisa data menggunakan aplikasi GIS. Tiga analisa berjaya dilakukan seperti analisa jarak, analisa pasaraya berhampiran dan analisa corak taburan harga bagi perumahan. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pemain harta tanah di kawasan kajian melalui sistem GIS agar pembangunan dan perkembangan ekonomi setempat dapat dibuktikan dengan lebih jelas dan terperinci.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Pemetaan Pembangunan, Nilai Hartanah, Aplikasi GIS
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 27 Feb 2018 17:39
Last Modified: 27 Feb 2018 17:39
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/713

Actions (login required)

View Item View Item