POTENSI PENGGUNAAN SISA BAHAN BINAAN KAYU DALAM INDUSTRI PERABOT

MAT HUSSAIN, SYAZANA (2018) POTENSI PENGGUNAAN SISA BAHAN BINAAN KAYU DALAM INDUSTRI PERABOT. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Syazana Binti Mat Hussain (AP140453).pdf

Download (226kB) | Preview

Abstract

Pengurusan sisa bahan binaan jenis kayu di tapak bina tidak dilaksanakan secara sistematik oleh pihak kontraktor menyebabkan timbulnya masalah pembaziran bahan binaan yang boleh diguna atau dikitar semula. Pengurusan yang tidak terancang ini turut menyumbang kepada pertambahan sisa pembinaan di tapak pelupusan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji potensi sisa binaan kayu digunakan dalam industri perabot bagi memanfaatkan sisa kayu tersebut dan mengelakkan pencemaran alam sekitar. Dalam kajian ini kaedah soal selidik terhadap kontraktor dilakukan untuk mengetahui pengurusan sisa kayu di tapak bina serta menemubual pihak JAS dan JKR, manakala pihak industri perabot ditemubual bagi mengetahui kebolehterimaan pihak industri perabot terhadap sisa binaan kayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak industri perabot bersedia menerima sisa kayu pembinaan asalkan kayu tersebut masih elok untuk digunakan. Sisa kayu pembinaan boleh dikitar semula menjadi kayu chipboard dan lain-lain kayu bagi memastikan bahan mentah kayu mencukupi dalam industri perabot. Namun, pihak kontraktor tidak mempunyai usaha untuk menjual sisa tersebut kerana majoritinya tidak tahu akan potensi sisa kayu dapat digunakan dalam industri perabot. Oleh itu, pelbagai cadangan penambahbaikan pengurusan sisa binaan kayu untuk digunakan dalam industri perabot dihuraikan seperti memberikan pendedahan kepada kontraktor, memperbanyakkan kursus inovasi yang diwajibkan kepada kontraktor, menyediakan galakan insentif kewangan dan penerapan kitaran berskala.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:48
Last Modified: 05 Mar 2018 16:48
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/714

Actions (login required)

View Item View Item