KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK

AZAHAR, MU'AZRADZI (2018) KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP140444 (MOHAMAD MU'AZRADZI BIN AZAHAR).pdf

Download (447kB) | Preview

Abstract

Risiko merujuk kepada kejadiannya yang tidak dapat dipastikan dan kebiasaannya membawa kesan negatif seperti kemusnahan atau kerugian. Oleh itu, risiko perlu diuruskan dengan baik dan berkesan. Teknologi dron masih baru dalam industri pembinaan dan masih belum digunakan secara sepenuhnya untuk mengawal risiko di tapak bina. Kajian ini membantu bagi memberi pendedahan terhadap kelebihan teknologi dron dalam mengurangkan risiko di tapak bina. Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenal pasti cabaran untuk menggunakan teknologi dron dalam sektor pembinaan dan mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam industri pembinaan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dengan pihak kontraktor pembinaan berkelas G7 yang berdaftar dengan pihak CIDB serta pakar dron yang menggunakan teknologi ini dalam pembinaan di sekitar Johor Bahru, Johor. Melalui dapatan kajian ini, didapati bahawa cabaran yang terbesar dalam menggunakan teknologi dron untuk mengurangkan risiko dalam pembinaan adalah kurangnya pengetahuan terhadap dron. Selain itu, langkah yang paling sesuai bagi meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam pembinaan adalah dengan tingkatkan pengiklanan terhadap kegunaan dron di tapak bina. Diharapkan agar kajian ini dapat membantu bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan penggunaan dron di tapak bina.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:56
Last Modified: 05 Mar 2018 16:56
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/717

Actions (login required)

View Item View Item