Cabaran Pemaju Dalam Penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) Bagi Projek Perumahan Mampu Milik

Zainon, Muhamad Shah Rizal (2018) Cabaran Pemaju Dalam Penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) Bagi Projek Perumahan Mampu Milik. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
AP 140348 (MUHAMAD SHAH RIZAL BIN ZAINON).pdf

Download (491kB) | Preview

Abstract

Pelaksanaan dan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 60-an lagi. Kerajaan Malaysia akan mewajibkan penggunaan IBS secara mandatori menjelang tahun 2020 dalam sektor pembinaan. Walau bagaimanapun, penggunaan IBS masih lagi rendah dalam projek perumahan mampu milik. Oleh itu, kerajaan Malaysia ingin menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik kepada rakyat dengan menggunakan IBS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan IBS dalam projek perumahan mampu milik, mengenal pasti cabaran pemaju dalam penggunaan IBS bagi projek perumahan mampu milik dan mengenal pasti langkah-langkah meningkatkan penggunaan IBS dalam projek perumahan mampu milik. Skop kajian ini tertumpu kepada pihak pemaju yang menjalankan projek perumahan mampu milik di sekitar Johor. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini melalui kajian literatur dan kaedah kualitatif iaitu temubual bersama empat (4) responden terdiri daripada jurutera projek, pengurus tapak, pengurus kejuruteraan dan penolong pengurus. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti penggunaan IBS sememangnya sesuai digunakan dalam projek perumahan mampu milik dengan mendapat penjelasan daripada responden terlibat. Selain itu, cabaran pemaju dalam penggunaan IBS bagi projek perumahan mampu milik yang dikenal pasti adalah kos permulaan, kurang kemahiran, pengangkutan dan risiko kerugian. Manakala, langkah-langkah meningkatkan penggunaan IBS yang dikenal pasti adalah meningkatkan hubungan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), meningkatkan latihan pekerja, menyediakan laporan perlaksanaan dan pemberian insentif cukai IBS. Melalui hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang bermanfaat kepada pelbagai pihak termasuklah pihak industri mahupun untuk tujuan pembelajaran bagi mengembangkan lagi pengetahuan tentang IBS.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:40
Last Modified: 05 Mar 2018 12:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/718

Actions (login required)

View Item View Item