KAJIAN MOTIVASI TERHADAP TENAGA KERJA ASING DI TAPAK BINA

Mohamad, Zuhaili (2018) KAJIAN MOTIVASI TERHADAP TENAGA KERJA ASING DI TAPAK BINA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140499 (ZUHAILI BIN MOHAMAD).pdf

Download (378kB) | Preview

Abstract

Motivasi pekerja di tapak bina adalah penting dalam memastikan sesuatu projek pembinaan mencapai matlamat. Ia mampu melahirkan pekerja yang berkualiti dan komited terhadap kerja bagi menjamin pengeluaran yang produktif dan berkualiti. Kekurangan motivasi bagi pekerja asing menyebabkan produktiviti kerja berkurangan, keselamatan tergugat, masalah ketidakhadiran pekerja dan pusing ganti pekerja. Kepekaan terhadap produktiviti dan kualiti dalam industri pembinaan menyebabkan motivasi pekerja asing di tapak bina perlu diberi perhatian yang lebih. Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi kerja kepada pekerja asing dan mengkaji kesan motivasi terhadap pekerja asing di tapak bina. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini melalui kajian literatur dan kaedah kualitatif iaitu temubual bersama empat responden terdiri daripada Pengurus Jurutera, Pegawai Sumber Manusia, Pengurus Tapak serta Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Hasil dapatan kajian dapat dikenalpasti faktor-faktor motivasi terhadap pekerja asing di tapak bina dengan mendapat penjelasan daripada responden terlibat. Selain itu, kesan motivasi kepada pekerja asing dapat dilihat dari segi produktiviti, sosio-psikologi dan organisasi. Melalui hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang bermanfaat kepada pelbagai pihak termasuklah pihak industri mahupun untuk tujuan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:40
Last Modified: 04 Mar 2018 13:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/721

Actions (login required)

View Item View Item