STREET ART SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN BANDAR KREATIF: KAJIAN KES DI BANDARAYA GEORGE TOWN, PULAU PINANG

SAARI, MOHAMAD SYAZWAN (2017) STREET ART SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN BANDAR KREATIF: KAJIAN KES DI BANDARAYA GEORGE TOWN, PULAU PINANG. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
PAGE 1-24 SYAZWAN.pdf

Download (463kB) | Preview

Abstract

Street art adalah satu konsep baru dalam ruang bandar di mana elemen seni disuntik dan diadaptasi menjadi sebuah rekaan kreatif. Street art yang diperkenalkan pada tahun 2012 di bandaraya warisan dunia George Town menjadikan bandar ini telah setanding dengan bandar-bandar kreatif yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji street art sebagai tarikan baharu pelancongan di Pulau Pinang dan mengkaji peranan street art dalam pembudayaan elemen kreatif di bandar. Kajian ini mengadaptasi pendekatan kajian kes di mana kaedah kualititatif digunakan iaitu melalui kaedah temu bual semi-struktur dan kaedah pemerhatian sebagai alat perolehan data. Penemuan kajian mendapati isu dan elemen penting yang diperlukan dalam menjadikan bandaraya George Town sebagai bandar kreatif dengan mengetengahkan elemen kreativiti dan konsep street art di bandaraya George Town. Kajian ini telah menemui beberapa isu utama iaitu kepentingan peranan street art dalam mencorak identiti bandar selain memberikan imej serba baharu dalam rupa bentuk bandar. Persoalannya, sejauh manakah tahap pemahaman penduduk di bandaraya George Town ini dalam memperkasa elemen kreativiti dalam landskap bandar dan bagaimana elemen kreativiti mampu meletakkan bandaraya George Town sebagai sebuah bandar kreatif di mata dunia?

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:31
Last Modified: 05 Mar 2018 14:31
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/722

Actions (login required)

View Item View Item