PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

ABDUL RASHID BIN YUSOF, RABIATUL ATIQAH BINTI ABDUL RASHID (2017) PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
RABIATUL ATIQAH BINTI ABDUL RASHID AP140352 (25PAGES).pdf

Download (356kB) | Preview

Abstract

Arus pemodenan yang berkembang pesat telah memberi banyak perubahan dan implikasi negatif kepada landskap negara. Pembangunan, perindustrian, perhutanan, pertanian dan pelbagai lagi aktiviti manusia telah menyumbang kepada fenomena pemanasan global, perubahan iklim dan pelbagai lagi bencana alam. Tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam suatu sistem pengoperasian sesebuah bangunan kediaman atau komersil. Objektif kajian ialah mengenalpasti fungsi penggunaan tenaga solar dan mengkaji keberkesanan penggunaan tenaga solar. Lokasi yang dipilih berdasarkan penggunaan tenaga solar di universiti tempatan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTEM). Kajian ini dikaji menerusi pencarian literatur iaitu melalui jurnal, tesis lepas dan internet. Kaedah kuntitatif iaitu kaedah soal selidik telah digunakan oleh pengkaji. Responden bagi kajian ini ialah pelajar yang menggunakan tenaga solar di kawasan kajian yang telah dipilih. Berdasarkan dapatan kajian, banyak fungsi utama pelajar menggunakan tenaga solar iaitu dari segi pengurusan tenaga, alam sekitar dan penyelidikan. Selain itu, fungsi penggunaan tenaga solar sangat penting kepada alam sekitar, pengurusan tenaga dan penyelidikan. Manakala, banyak keberkesanan penggunaan tenaga solar iaitu penggunaan tenaga solar dapat menjana tenaga dengan lebih efektif, mengurangkan penipisan ozon, mengurangkan pembayaran bil elektrik setiap bulan dan produk berasaskan tenaga solar dapat diperbanyakkan dengan ramainya tenaga mahir tentang tenaga solar. Kesimpulannya, banyak tujuan penggunaan tenaga solar dan terbukti banyak keberkesanannya.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:46
Last Modified: 04 Mar 2018 13:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/725

Actions (login required)

View Item View Item