KAJIAN PENCEMARAN BUNYI DARIPADA PROJEK MENAIKTARAF TERMINAL BAS LARKIN SENTRAL, JOHOR BAHRU

TENG, LI JIN (2017) KAJIAN PENCEMARAN BUNYI DARIPADA PROJEK MENAIKTARAF TERMINAL BAS LARKIN SENTRAL, JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140316 (TENG LI JIN).pdf

Download (815kB) | Preview

Abstract

Pada masa kini, kemajuan bidang pembinaan di Malaysia telah berkembang dengan pesat dengan pertambahan aktiviti pembinaan. Pembangunan ini secara tidak langsung menyumbang ke arah pencemaran di Malaysia khususnya pencemaran bunyi disebabkan oleh kebanyakan jentera pembinaan yang menghasilkan hingar. Skop kajian ini tertumpu kepada kawasan perobohan di terminal bas Larkin Sentral, Johor Bahru. Objektif kajian ini untuk mengkaji tahap bunyi yang dihasilkan daripada kerja perobohan bagi projek menaiktaraf Larkin Sentral. Objektif kedua adalah membandingkan tahap bunyi dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS). Seterusnya, objektif ketiga untuk mengetahui pandangan responden pengunjung dan peniaga mengenai pencemaran bunyi daripada kerja perobohan. Alat Aras Meter Bunyi digunakan bagi tujuan mendapatkan data cerapan tahap bunyi kemudian membandingkannya dengan piawaian JAS manakala borang soal selidik diedarkan kepada responden pengunjung dan peniaga. Data-data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian ini dapat dibuat kesimpulan bahawa tahap bunyi yang dicerap adalah melebihi piawaian JAS iaitu 65 dB(A). Secara keseluruhan, daripada analisis borang soal selidik dapat menyatakan bahawa responden pengunjung menganggap bunyi kerja perobohan tidak mempengaruhi mereka dan mereka juga tidak mementingkan kaedah mengurangkan atau mengawal kebisingannya. Namun begitu, hampir keseluruhan responden peniaga bersetuju dengan kerja perobohan membawa kesan negatif dari segi mental dan fizikal. Bagi analisis korelasi menunjukkan tahap kebisingan yang dialami oleh responden meningkat atau menurun mengikut faktor kekerapan kunjungan responden dan tempoh masa. Ini bermaksud responden lebih terdedah kepada bunyi bising dalam jangka masa yang lama. Kesimpulanya, pihak yang berkepentingan mengambil berat isu pencemaran bunyi untuk menjaga keselesaan di sekeliling terminal.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:06
Last Modified: 05 Mar 2018 10:06
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/728

Actions (login required)

View Item View Item