FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN YANG TIDAK BERSISTEMATIK

Unir, Ibrahim (2018) FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN YANG TIDAK BERSISTEMATIK. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
AP140502 (IBRAHIM BIN UNIR@HASHIM).pdf

Download (389kB) | Preview

Abstract

Pertumbuhan pesat dalam aktiviti pembinaan di Malaysia telah menyebabkan peningkatan masalah sisa pembinaan. Sisa pembinaan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, kos, masa, produktiviti dan sosial negara. Untuk mengurangkan kesan negatif ini, ia memerlukan pemahaman mengenai cara pengurusan sisa dan faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan pengurusan sisa. Isu yang di fokuskan dalam kajian ini adalah terdapatnya peningkatan jumlah dalam sisa pepejal pembinaan dan pembuangan sisa secara haram. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenalpasti faktorfaktor yang menjadi punca kelemahan pengurusan sisa pepejal pembinaan, mengkaji impak kelemahan pengurusan sisa pepejal pembinaan yang timbul ke atas tapak bina dan alam sekitar dan mencadangkan langkah-langkah yang diambil untuk menangani kelemahan pengurusan oleh pihak kontraktor dalam menguruskan sisa pepejal pembinaan. Kajian ini telah dilakukan melalui kaedah pengedaran borang soal selidik yang memperolehi seramai 39 orang responden terdiri daripada pihak kontrakor pembinaan gred G5 yang berdaftar di bawah CIDB yang bertumpu di sekitar kawasan Johor Bahru. Hasil kajian telah menunjukan ketiga-tiga objektif kajian telah berjaya dicapai. Faktor utama yang dipersetujui oleh pihak reponden mengenai kelemahan pengurusan sisa pepejal pembinaan adalah faktor tempat penyimpanan bahan binaan yang tidak sesuai. Seterusnya, impak utama yang penting dan perlu diambil perhatian adalah ancaman terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja di tapak bina. Manakala, pemantauan yang kerap ditapak bina oleh pihak kontraktor merupakan langkah penting yang perlu diutamakan dalam menangani kelemahan pengurusan sisa pepejal pembinaan. Melalui hasil kajian ini diharapkan dapat membantu untuk mencari jalan penyelesaian serta penambahbaikan dalam amalan pengurusan sisa pepejal pembinaan dalam kalangan kontraktor dan juga dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pihak yang terlibat dalam melaksanakan amalan pengurusan sisa pepejal pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:30
Last Modified: 05 Mar 2018 11:30
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/732

Actions (login required)

View Item View Item