KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM TENAGA SOLAR DI KAWASAN PERUMAHAN

MOHD JEFRY, MUHAMAD MUQRRI (2018) KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM TENAGA SOLAR DI KAWASAN PERUMAHAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP 140330 (MUHAMAD MUQRI BIN MOHD JEFRY).pdf

Download (218kB) | Preview

Abstract

Tenaga solar merupakan satu teknologi baharu yang tergolong dalam Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini mempunyai banyak kelebihan dan juga kelemahan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh pemaju untuk menggunakan sistem tenaga solar diprojek perumahan dan juga untuk mengenalpasti kaedah-kaedah bagi mengembangkan lagi penggunaan sistem tenaga solar di dalam projek perumahan di Malaysia. Skop kajian ini tertumpu pada pemaju perumahan yang menggunakan teknologi ini pada projek perumahan mereka di Negeri Melaka dan Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dengan tiga pihak yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan secara langsung iaitu pemaju perumahan. Data yang diperoleh daripada responden telah dianalisa dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian telah mengenalpasti bahawa antara halangan penggunaan sistem tenaga solar ialah halangan kewangan, tiada rangkaian kerjasama daripada pemaju perumahan dan pihak yang mengeluarkan sistem tenaga solar ini. Manakala kaedah-kaedah untuk mengembangkan lagi penggunaan sistem tenaga solar yang telah dikenalpasti adalah dengan cara memberi cadangan kepada pemilik rumah tentang penggunaan sistem tenaga solar, mewujudkan lebih banyak kilang sistem tenaga solar kerana banyak kos yang boleh dikurangkan. Melalui hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dalam memberi pemaju perumahan serta pihak yang terlibat dalam mengembangkan penggunaan sistem tenaga solar dalam projek perumahan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:38
Last Modified: 05 Mar 2018 12:38
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/733

Actions (login required)

View Item View Item