KAJIAN KESAN HINGAR DI TAPAK PEMBINAAN TERHADAP KOMUNITI

MOHD FADZIL, ISRA NATASYA (2018) KAJIAN KESAN HINGAR DI TAPAK PEMBINAAN TERHADAP KOMUNITI. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140021 ISRA NATASYA BT MOHD FADZIL.pdf

Download (358kB) | Preview

Abstract

Aktiviti pembinaan mengakibatkan terhasilnya hingar yang mengakibatkan gangguan kepada komuniti yang tinggal berhampirannya. Pemasalahan akan timbul apabila hingar yang terhasil dari tapak pembinaan mengakibatkan gangguan kepada komuniti yang tinggal berhampirannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap hingar di kawasan tapak pembinaan serta mengenalpasti kesan hingar terhadap komuniti yang tinggal berhampiran di sekitar tapak pembinaan dan mencadangkan alternatif untuk mengurangkan masalah pencemaran bunyi di kawasan kajian. Kajian ini dilakukan di dua kawasan kajian yang berbeza, iaitu di Taman Pelangi Indah, Johor dan Bandar Baru Nilai, Nilai. Kajian ini memfokuskan kerja penanaman cerucuk pada bangunan tinggi. Kaedah cerapan data telah digunakan didalam kajian ini untuk mengetahui tahap hingar di kawasan kajian dengan menggunakan alat meter bunyi. Borang soal selidik digunakan untuk mengenalpasti kesan hingar terhadap komuniti. 20 isi rumah bagi setiap kawasan kajian dipilih untuk melakukan soal selidik. Seterusnya, temubual dilakukan untuk mengetahui alternatif untuk mengurangkan masalah pencemaran bunyi di kawasan kajian. Hasil daripada cerapan data menunjukkan purata paras bunyi di kedua-dua kawasan kajian melebihi daripada piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu 65 dbA. Taman Pelangi Indah mempunyai nilai yang paling tinggi iaitu 75.2 dbA. Kesan paling mengganggu komuniti di Taman Pelangi Indah adalah menyebabkan mereka tertekan dalam menjalani kehidupan seharian manakala komuniti di Bandar Baru Nilai, menunjukkan bahawa hinggar boleh mengakibatkan gangguan komunikasi. Antara alternatif untuk mengurangkan hinggar adalah pengurusan tapak yang efektif. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa kepentingan pengurusan tapak di tapak bina adalah suatu yang penting bagi mengurangkan tahap pencemaran bunyi didalam sektor pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:42
Last Modified: 06 Mar 2018 11:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/737

Actions (login required)

View Item View Item