KAJIAN KECEDERAAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN

JAMALUDDIN, FARAH NADHIRAH (2018) KAJIAN KECEDERAAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140102 FARAH NADHIRAH BT JAMALUDDIN.pdf

Download (541kB) | Preview

Abstract

Ergonomik menerangkan hubungan antara manusia dengan persekitaran semasa melakukan sesuatu pekerjaan dan juga membincangkan tentang perihal penyesuaian kerja kepada pekerja. Ergonomik dapat memberi sumbangan kepada industri pembinaan melalui pekerja yang terlibat dalam bidang tersebut dimana mereka dapat mengetahui tentang ergonomik bagi mengelakkan daripada berlakunya kecederaan ergonomik. Tujuan kajian adalah untuk memerhati corak pergerakan pekerja, mengenalpasti punca hazard ergonomik yang boleh menyumbang kepada kecederaan dan mengkaji kaedah bagi mengelakkan kecederaan ergonomik di tapak pembinaan. Kajian ini dilaksanakan di empat buah tapak pembinaan yang sedang dijalankan dan responden yang terlibat adalah pihak pengurusan dan juga pekerja buruh yang bekerja di kawasan tapak pembinaan tersebut. Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian ini pula adalah kaedah pemerhatian dan soal selidik yang dilaksanakan ke atas pekerja buruh manakala temu bual dilakukan ke atas beberapa orang pihak pengurusan. Hasil bagi kajian ini, corak pergerakan pekerja pada dua bahagian kerja iaitu kerja konkrit dan kerja tetulang dapat diceritakan dimana ada diantara mereka mengamalkan prinsip ergonomik tetapi masih lagi ada yang tidak mengamalkannya, seterusnya punca hazard ergonomik yang terdapat ditapak pembinaan dapat dinyatakan iaitu kerja pengulangan merupakan punca tertinggi dengan mencapai purata min 3.89 dimana merupakan kekerapan yang tinggi mengikut skala likert, manakala pelbagai kaedah yang dapat dikumpul bagi mengelakkan kecederaan ergonomik di tapak pembinaan. Kesimpulannya, ergonomik di tapak pembinaan perlulah diberikan perhatian daripada semua pihak agar perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecedereraan yang disebabkan kesalahan ergonomik dapat dikurangkan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:41
Last Modified: 06 Mar 2018 11:41
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/740

Actions (login required)

View Item View Item