KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) DALAM MEMPERTINGKATKAN PRESTASI INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA DARI SEGI KUALITI DAN MASA

MD YUSOFF, AHMAD HANIF (2018) KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) DALAM MEMPERTINGKATKAN PRESTASI INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA DARI SEGI KUALITI DAN MASA. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
PSM HANIF YUSOFF (25 PAGE).pdf

Download (692kB) | Preview

Abstract

Sistem Binaan Berindustri (Industrialized Building System, IBS) merupakan satu kaedah pembinaan yang menggunakan teknik, produk, komponen dan juga sistem binaan yang melibatkan komponen pasang siap dan pemasangan komponen di tapak bina. Penggunaan kaedah IBS dalam industri pembinaan menawarkan banyak kelebihan, antaranya adalah lebih berkualiti serta kecekapan dari segi masa berbanding dengan projek bukan IBS. Memandangkan tidak begitu banyak projek menggunakan IBS maka kajian ini bertujuan mengesahkan kenyataan berikut adalah tepat. Oleh yang demikian objektif kajian ini adalah untuk bandingkan kelebihan projek IBS dari segi kualiti dan masa. Metodologi kajian ini adalah kuantitatif dangan menggunakan borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada golongan yang berkemahiran yang berpengalaman dalam mengendalikan projek pembinaan menggunakan sistem IBS dalam industri pembinaan di Malaysia. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada pihak kontraktor, jurutera, arkitek dan pengurus projek. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam industri pembinaan terutamanya pihak kontraktor, arkitek jurutera dan pengurus projek yang pernah mengendalikan projek pembinaan menggunakan sistem IBS amat bersetuju bahawa penggunaan IBS dapat mempertingkatkan prestasi industri pembinaan di Malaysia seterusnya ia memberi kelebihan dari segi kualiti yang lebih baik serta tempoh masa untuk menyiapkan projek IBS lebih singkat berbanding dengan pembinaan bukan IBS. Hasil kajian ini dapat memberi keyakinan yang tinggi kepada pihak industri pembinaan di Malaysia untuk meningkatkan penggunaan IBS seperti disarankan oleh pihak kerajaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:50
Last Modified: 06 Mar 2018 11:50
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/744

Actions (login required)

View Item View Item