TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

A RAHMAN, MUHAMMAD SOLAHUDDIN (2018) TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E_Thesis_25pg_SOLAH_PSM2 final.pdf

Download (733kB) | Preview

Abstract

Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari rekabentuk pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. Industri pembinaan memberi tumpuan yang lebih mendalam bagi melancarkan lagi pembangunan hijau di Malaysia, terutama sekali melalui Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan. Walaubagaimanapun bagi rumah mampu milik tidak ada penekanan mengenai aspek penghijauan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecendurungan penduduk rumah mampu milik terhadap penggunaan teknologi hijau. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/menggunakan pada masa kini dan masa depan. Okjektif ketiga kajian ini bertujuan mengkaji keutamaan penduduk rumah mampu milik terhadap jenis teknologi bangunan. Metodologi kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Populasi responden adalah 800 orang dan sampel untuk kajian ini 236 orang. Kaedah kuantitatif adalah dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan penduduk rumah mampu milik berada di tahap sederhana dalam penggunaan aspek bangunan hijau. Dari segi keinginan pula adalah majoriti penduduk rumah mampu milik berhasrat bahawa pihak pemaju membina bangunan perumahan yang berkonsepkan bangunan hijau. Halangan yang di hadapi oleh penduduk rumah mampu milik seperti kos penyelenggaraan yang tinggi, sumber dan harga, dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju. Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan penduduk rumah mampu milik terhadap Teknologi Hijau berada di tahap yang rendah.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:44
Last Modified: 06 Mar 2018 11:44
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/745

Actions (login required)

View Item View Item