PENGGUNAAN SISTEM BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS) DI DALAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA

MOHD ALIAS, NURUL HIDAYAH (2018) PENGGUNAAN SISTEM BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS) DI DALAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
AP140085 (NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ALIAS).pdf

Download (363kB) | Preview

Abstract

Pelaksanaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di dalam Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) membantu mempercepatkan proses pembinaan dan menjimatkan kos. Namun terdapat masalah yang timbul ketika pelaksanaan sistem IBS di mana ia mempengaruhi kelancaran proses pembinaan, seperti kurangnya koordinasi sistem IBS dan masalah dalam aspek logistik. Objektif kajian adalah mengenal pasti sistem IBS yang digunakan, mengkaji masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem IBS, dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan sistem IBS di dalam projek PR1MA. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara temu bual dengan pihak perunding dan kontraktor yang menguruskan sistem IBS di tapak projek PR1MA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua sistem IBS yang digunakan di dalam projek PR1MA iaitu Sistem Pra-tuang Konkrit dan Sistem Acuan Keluli. Majoriti projek PR1MA menghadapi masalah logistik, keadaan tapak projek, ketidakcekapan pihak pengurusan dan pekerja, kelewatan serta masalah kerosakan dan kecacatan panel. Cadangan supaya meningkatkan koordinasi, integrasi, dan komunikasi di kalangan pihak yang terlibat ketika pelaksanaan sistem IBS di dalam projek. Sistem IBS perlu dipilih mengikut kemampuan syarikat dan mempertingkatkan teknologi dalam pelaksanaan sistem IBS. Implikasi kajian mendapati bahawa integrasi antara pihak sangat penting dalam koordinasi pelaksanaan sistem IBS di dalam projek PR1MA.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:12
Last Modified: 05 Mar 2018 11:12
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/746

Actions (login required)

View Item View Item