KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR: PERSPEKTIF MAJIKAN (KONTRAKTOR)

MUHAMAD, MOHD SHAMSOL (2018) KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR: PERSPEKTIF MAJIKAN (KONTRAKTOR). Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR PERSPEKTIF MAJIKAN (KONTRAKTOR).pdf

Download (399kB) | Preview

Abstract

Ergonomik merujuk kepada hubungan yang kompleks antara pekerja dengan kerja yang dilakukan dalam setiap aspek tempat kerja. Kebanyakan pekerja menjalankan kerja mereka dalam keadaan berdiri dan duduk secara berulang. Kedudukan sebegini telah membawa kepada ketidakselesaan dan keletihan di kalangan pekerja. Oleh itu, ergonomik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan budaya keselamatan. Berdasarkan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesedaran kontraktor terhadap ergonomik dari segi keselamatan dan kesihatan dalam projek pembinaan infrastruktur. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan bertujuan mengenalpasti kesan pelaksanaan ergonomik dan mengkaji strategi dalam meningkatkan pelaksanaan ergonomik terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja dalam projek pembinaan infrastruktur yang menggunakan kaedah temubual yang terdiri daripada responden kontraktor, pegawai CIDB dan pegawai NIOSH. Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, tahap kesedaran terhadap pelaksanaan ergonomik ini berada pada tahap yang rendah kerana pekerja kekurangan pengetahuan mengenai ergonomik. Kesan pelaksanaan ergonomik adalah kawasan kerja tersusun dan selamat serta selesa untuk pekerja bekerja, meningkatkan produktiviti kerja dan kesan yang baik kepada otot badan pekerja. Strategi meningkatkan pelaksanaan ergonomik iaitu menyediakan latihan, strategi meminimakan kerja yang tidak mampu ditampung oleh pekerja dan strategi pemakaian kelengkapan perlindungan peribadi (PPE). Hasil analisis adalah pelaksanaan ergonomik dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja serta memberi keselesaan kepada pekerja dalam melakukan pekerjaan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:26
Last Modified: 05 Mar 2018 10:26
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/747

Actions (login required)

View Item View Item