MASALAH KAEDAH KERJASAMA AWAM DAN SWASTA (PPP) BAGI PROJEK INFRASTRUKTUR

ABDUL RAHIM, MOHAMMAD FAIZ (2018) MASALAH KAEDAH KERJASAMA AWAM DAN SWASTA (PPP) BAGI PROJEK INFRASTRUKTUR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP 140204 (MOHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHIM).pdf

Download (242kB) | Preview

Abstract

Kerjasama Awam dan Swasta (PPP) adalah antara kaedah perolehan bagi pembangunan sesuatu projek. Kerjasama Awam Swasta (PPP) telah menimbulkan beberapa masalah seperti proses pembiayaan dan kewangan yang kurang cekap dan tidak teratur, masalah kegagalan dalam memenuhi anggaran kos projek, jadual masa dan hasil projek, serta pertikaian dari segi akauntabilitinya. Oleh itu objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah kaedah kerjasama sektor awam dan swasta bagi projek infrastruktur dan mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah kerjasama sektor awam dan swasta bagi projek infrastruktur. Kaedah bagi kajian ini pula adalah menggunakan kaedah kualitatif (temubual). Kajian ini melibatkan 3 orang responden yang terdiri daripada pengurus projek PPP infrastruktur di sekitar Johor. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kandungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat masalah yang sering berlaku dalam PPP ini antaranya adalah adalah kewangan. Kajian juga mendapati bahawa langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah dalam PPP iaitu kemahiran kreatif, kaedah kecekapan pengurusan, wujudkan garis panduan dan prosedur yang jelas, melakukan pemeriksaan takbir urus, membina sokongan politik, menyediakan pihak mahir, wujudkan pelaburan dan mewujudkan dasar yang bersesuaian. Oleh itu, kajian ini diharap dapat digunakan bagi melaksanakan strategi yang sepatutnya dalam usaha mengatasi masalah yang berlaku dalam PPP bagi projek infrastruktur.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:07
Last Modified: 04 Mar 2018 14:07
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/748

Actions (login required)

View Item View Item