KAJIAN TERHADAP PERMINTAAN DAN PENAWARAN RUMAH MAMPU MILIK DI SEKITAR BATU PAHAT, JOHOR

MOHAMAD SARBUKHI, NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD SARBUKHI (2018) KAJIAN TERHADAP PERMINTAAN DAN PENAWARAN RUMAH MAMPU MILIK DI SEKITAR BATU PAHAT, JOHOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 PAGES_NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD SARBUKHI (AP140118).pdf

Download (235kB) | Preview

Abstract

Rumah merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh manusia untuk berlindung. Ketidakseimbangan antara permintaan dengan penawaran dalam perumahan mampu milik telah menyumbang kepada kenaikan harga rumah yang mendadak. Kemampuan untuk memiliki rumah amat terbatas bagi penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan rumah mampu milik serta faktor-faktor yang menyumbang kepada kekurangan penawaran perumahan mampu milik di Batu Pahat dan mencadangkan penambahbaikan terhadap perumahan mampu milik kepada semua pihak. Kaedah temu bual dilaksanakan terhadap pihak yang terlibat dengan perumahan mampu milik di Batu Pahat iaitu pembeli, pemaju dan juga pihak berkuasa tempatan. Responden daripada pembeli terdiri daripada pembeli rumah mampu milik di sekitar Batu Pahat manakala responden daripada pemaju, penyelidik memilih Syarikat Johor Land Berhad yang membangunkan perumahan mampu milik Johor di Sri Gading. Responden pihak berkuasa tempatan pula adalah pihak Majlis Pembandaran Batu Pahat. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi permintaan termasuklah harga rumah, pendapatan isi rumah, kemampuan membuat pinjaman, kesanggupan untuk membayar kepada pihak bank, persekitaran perumahan serta faktor kawalan kerajaan. Manakala faktor yang menyumbang kepada kekurangan penawaran ialah kegagalan pemaju untuk membina rumah mampu milik serta kekurangan kawasan. Permintaan dan penawaran perumahan mampu milik adalah penting bagi melihat tahap ekonomi di sesuatu kawasan tersebut. Oleh itu, ia perlulah diperbanyakkan lagi pembinaannya berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:46
Last Modified: 05 Mar 2018 10:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/749

Actions (login required)

View Item View Item