PENYELENGGARAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT(PPR) DI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

HASSAN, MUHAMMAD ANAS HILMI (2018) PENYELENGGARAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT(PPR) DI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140112 (MUHAMMAD ANAS HILMI BIN HASSAN).pdf

Download (346kB) | Preview

Abstract

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan tindakan drastik kerajaan Malaysia mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Namun begitu, permasalahan mengenai penyelenggaraan Program Perumahan Rakyat (PPR) semakin giat menjadi liputan media di Malaysia pada masa kini. Terdapat banyak masalah yang melibatkan fasiliti dalam bangunan PPR yang memberi kesan kepada keselamatan penduduk seperti bumbung bocor, lif rosak, jeriji besi berkarat dan sebagainya. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan proses penyelenggaraan oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap PPR, mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pihak PBT dalam penyelenggaraan PPR dan mengkaji langkah-langkah bagi meningkatkan kualiti penyelenggaraan yang patut diambil oleh pihak PBT terhadap PPR. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu secara temubual. Responden yang dipilih adalah Jabatan Penyelenggaraan bagi PBT di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB). Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis kandungan. Kajian ini telah mengenalpasti 7 proses dalam kerja penyelenggaraan terhadap PPR. Masalah utama yang dihadapi dalam kerja-kerja penyelenggaraan adalah datang daripada penghuni serta pemilik PPR itu sendiri. Langkah-langkah bagi penambahbaikan kerja penyelenggaraan di PPR adalah dengan mendapatkan kerjasama daripada kalangan penduduk. Kajian ini memberi manfaat kepada PBT dan juga para penghuni flat dari segi proses penyelenggaraan, mengenalpasti masalah serta langkah-langkah dalam meningkatkan kualiti penyelenggaraan oleh pihak PBT.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:13
Last Modified: 04 Mar 2018 13:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/750

Actions (login required)

View Item View Item