AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI PEMBINAAN BANGUNAN BERTINGKAT

SENONG, AINAA AMIRAH (2018) AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI PEMBINAAN BANGUNAN BERTINGKAT. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 PAGES_NUR AINAA AMIRAH BINTI SENONG (AP140476).pdf

Download (381kB) | Preview

Abstract

Isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerja dalam industri pembinaan perlu diberikan perhatian yang lebih terutamanya dalam aktiviti pembangunan yang berstruktur tinggi atau dikenali sebagai bangunan bertingkat. Kemalangan yang paling biasa berlaku di tapak pembinaan bangunan tinggi adalah pekerja jatuh dari ketinggian dan kecederaan yang disebabkan oleh kekurangan latihan, platform kerja dan peralatan yang tidak betul, sikap keselamatan dan kegagalan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE). Objektif kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor berlakunya kemalangan di pembinaan bangunan bertingkat, mengkaji pematuhan pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan di pembinaan bangunan bertingkat dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan amalan kerja selamat dan sihat di pembinaan bangunan bertingkat. Metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual bersama pengurus, pegawai dan kontraktor yang terlibat dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan serta kaedah pemerhatian yang dibuat melalui lawatan tapak. Hasil kajian mendapati pihak pengurus dan pegawai keselamatan dan kesihatan serta kontraktor seharusnya lebih komited dalam menangani isu–isu keselamatan serta memastikan tempat kerja termasuk tapak pembinaan tidak memberi kesan negatif kepada pekerja serta orang lain yang terlibat. Kesimpulannya pekerja yang mengamalkan amalan keselamatan di tapak pembinaan dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan menjaga reputasi syarikat.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 09:57
Last Modified: 05 Mar 2018 09:57
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/752

Actions (login required)

View Item View Item