KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI NAVISWORK DALAM MENGATASI KECACATAN REKA BENTUK PEMBINAAN

BAEN @ MOHD ARBAIN, FATIN ZAFIRAH (2017) KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI NAVISWORK DALAM MENGATASI KECACATAN REKA BENTUK PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
FATIN ZAFIRAH BT BAEN @ MOHD ARBAIN (AP140269).pdf

Download (400kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia merupakan salah satu penyumbang pendapatan ekonomi negara. Kegagalan dalam reka bentuk bangunan merupakan salah satu masalah yang sering berlaku dalam sesebuah projek dan akan meninggalkan kesan terhadap kelancaran proses pembinaan. Kewujudan teknologi yang pesat membangun membolehkan sektor pembinaan juga merasai faedahnya. Aplikasi Naviswork merupakan salah satu perisian yang boleh digunakan bagi mengesan kecacatan dalam sesebuah reka bentuk bangunan dan mendapat gambaran yang lebih jelas dan praktikal. Kaedah konvensional yang tidak efektif dan memakan masa yang lama untuk mengesan kecacatan reka bentuk menyebabkan proses kerja pembinaan semakin lambat. Oleh yang demikian, Naviswork dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti punca- punca masalah reka bentuk bangunan dalam pembinaan dan juga mengkaji strategi penggunaan Naviswork dalam mengesan kecacatan reka bentuk. Skop kajian ini tertumpu kepada badan organisasi yang menggunakan aplikasi Naviswork iaitu pihak kerajaan dan juga swasta. Seterusnya responden kajian lebih tertumpu kepada koordinator Naviswork dan perunding projek kerana pasukan ini merupakan individu yang bertanggungjawab dalam proses mereka bentuk bangunan. Pengumpulan data kajian diperolehi dari kajian literatur melalui data sekunder iaitu bahan rujukan dan media eletronik. Manakala pengumpulan data primer dilakukan dengan kaedah kualitatif melalui temubual bersama responden yang menggunakan Naviswork dalam projek pembinaan mereka. Hasil data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis data kandungan. Rumusan hasil kajian dibuat di akhir kajian dengan mengemukakan cadangan dan saranan kepada pihak yang berkaitan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 09:53
Last Modified: 05 Mar 2018 09:53
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/753

Actions (login required)

View Item View Item