PUNCA DAN LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN KETIKA PEMBINAAN MASS RAPID TRANSIT (MRT)

MAMAT, MASDIANA (2017) PUNCA DAN LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN KETIKA PEMBINAAN MASS RAPID TRANSIT (MRT). Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
masdiana ap140319.pdf

Download (386kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia dan menjadi penyumbang utama negara dalam mencapai Visi 2020. Selain peningkatan projek pembinaan, sektor ini juga menghadapi masalah dan cabaran termasuk isu kemalangan terutama di kawasan tapak pembinaan yang merupakan faktor yang menyumbang ke arah peningkatan jumlah kecederaan dan kematian pekerja setiap tahun. Kejadian kemalangan di tapak bina didalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam perlaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-program kesedaran dan latihan, tiadanya disiplin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kemalangan yang semakin meningkat. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui apakah punca yang menyebabkan kemalangan berlaku di MRT dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mengurangkan kadar kemalangan. Skop kajian adalah di projek pembinaan MRT Selangor. Responden utama yang terlibat dalam kajian ini ialah kontraktor dan pekerja yang melaksanakan aktiviti pembinaan MRT. Pengumpulan data kajian diperolehi dari kajian literatur melalui data sekunder iaitu bahan rujukan dan media eletronik. Manakala pengumpulan data primer dilakukan dengan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada responden. Hasil pengumpulan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS). Punca utama yang menyumbang kepada kemalangan di MRT ialah masalah bahasa dalam kalangan pekerja asing. Seterusnya, langkah keselamatan utama yang dicadangkan ialah pihak bertanggungjawab perlu memastikan pencahayaan di kawasan pembinaan pada waktu malam adalah berkualiti. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan MRT bagi mengurangkan kemalangan dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu kajian lanjutan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:29
Last Modified: 05 Mar 2018 11:29
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/754

Actions (login required)

View Item View Item